Saturday, June 6, 2015

Zikir Dalam Perancangan Strategik dan Penyediaan Senario



AHAD 7 JUN 2015: SESEBUAH organisasi perlu menyesuaikan dan menyelaraskan setiap perancangan dengan persekitaran kerohanian, politik dan sosial di Negara Brunei Darussalam yang telah menjadikan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan Negara Zikir sebagai cara hidup bangsanya.

Kerana kelalaian dalam mengambil kira perkara tersebut boleh saja mendedahkan sesebuah organisasi itu kepada risiko kegagalan yang tinggi dalam perlaksanaan sesuatu dasar dan program pembangunan.
Senario ini antara perkara yang di bincangkan dalam bengkel dua hari yang bertajuk, ‘Strategic Planning dan Scenario Building’ (Perancangan Strategik dan Penyediaan Senario).
Bengkel pengurusan anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) itu telah berlangsung di Institut Perkhidmtan Awam Kampong Rimba Gadong pada Rabu 3 Jun hingga 4 Jun 2015.
Seramai 38 orang kakitangan kerajaan yang mewakili beberapa Jabatan dan institusi kerajaan turut serta dalam bengkel yang dikendalikan dan di mudah cara oleh PPP Ilmu Alim, sebuah firma tempatan perundingan pengurusan dan pembangunan sumber manusia.
Melalui bengkel latihan Perancangan Strategik dan Penyediaan Senario ini, PPP Ilmu Alim telah mengambil langkah memperkenalkan modul latihan yang menggabungkan konsep zikir dan Melayu Islam Beraja dengan konsep pengurusan konvensional.
Ini selaras dengan hasrat Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam agar “apa jua perkara yang hendak kita buat, sama ada ia di peringkat memikir, merancang atau melaksana, hendaklah ingatkan Allah…Kita perlu tagih berkata dan petunjuk daripada-Nya”
Ia juga selaras dengan dengan semangat negara sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir serta moto negara; ‘Sentiasa Berkhidmat Dengan Petunjuk Allah Subhanahu Wa ta’ala’ selain bertepatan dengan Wawasan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Abad ke-21 iaitu: “Untuk menjadi sebuah institusi yang sentiasa membangun dan berusaha dengan gayanya tersendiri menurut calak Islam dalam persekitaran yang sihat dan selamat di bawah inayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata’ala”
Di awal bengkel peserta di ingatkan dengan titah hasrat Baginda Sultan tersebut yang telah di hebahkan pada tahun 2004 sempena Majlis Perasmian Pameran Kepimpinan Raja.        
Dalam titah tersebut baginda berseru, “BETA ingin mengingatkan bahawa apa jua perkara yang hendak kita buat, sama ada ia di peringkat memikir, merancang atau melaksana, kita hendaklah ingatkan Allah… Kita perlu tagih berkat dan petunjuk daripada-Nya”
Bertolak dari titah tersebut, Dato Paduka Malai Haji Ali bin Malai Haji Othman selaku pemudahcara menjelaskan bahawa program latihan dua hari itu di tambah nilai dengan kaedah PERANCANGAN STRATEGIK dan PENYEDIAAN SENARIO yang LEBIH EFEKTIF melalui KONSEP ZIKIR yang akan menyerapkan kaedah DOA, TAFAKUR, INSAF, TAUBAT dan TAWAKAL sebagai nilai tambah kepada alat pengurusan konvensional.

Strategic Planning dan Senario Building merupakan dua alat pengurusan penting yang perlu di laksanakan dan ianya dapat membantu sesebuah organisasi memainkan peranan yang lebih berkesan.

Melalui bengkel ini peserta-peserta antara lain telah berpeluang menjalani latihan dalam perkara-perkara berikut dalam proses melakar perancangan strategik dan peyediaan senario iaitu:
                                                      I.              Proses dalam pembentukan strategi
                                                    II.              Megenalpasti isu
                                                  III.              S.W.O.T Analysis
                                                 IV.              Mengumpul dan menganalisa maklumat
                                                   V.              Akauntabiliti
                                                 VI.              Plan Tindakan dan Perlaksanaan
                                               VII.              Misi, Visi, Nilai-Nilai serta kaedah-kaedah konvensional yang lain yang perlu 
           dilaksanakan dalam proses penyediaan senario dan perancangan strategik  
Sebagai nilai tambah, jelas Dato Malai Ali, KONSEP ZIKIR dan elemen-elemen pengurusan dan pentadbiran baik (good governance) yang terdapat dalam prinsip Melayu Islam Beraja juga diterapkan kedalam konsep perancangan strategik dan penyediaan senario konvensional tersebut.
“Ini merupakan satu pendekatan yang mesra persekitaran kerohanian, politik dan sosial tempatan. Justeru ia perlu dijadikan amalan oleh setiap penjawat awam yang diamanahkan dengan tanggungjawab menyediakan perancangan dan plan tindakan sesuatu projek atau program pembangunan”, tambah Dato Malai Haji Ali.
“Secara ringkas, komponen penting dan asas dalam KONSEP ZIKIR ini ialah DOA, TAFAKUR, INSAF, TAUBAT dan TAWAKAL yang merupakan amalan-amalan terbaik dan dianjurkan dalam psikologi Islam dalam mengejar kejayaan hidup dunia dan akhirat”.       
Katanya melalui bengkel ini, konsep Zikir dan nilai-nilai Melayu Islam Beraja telah dapat diketengahkan sebagai amalan dan kaedah terbaik dalam pembentukan strategi (Strategik Planning), penyediaan senario (Scenario Building), pengurusan dan pemantauan dasar sesebuah institusi kerajaan
“Contohnya peserta-peserta telah berpeluang meghayati pendekatan Islam dalam konteks motivasi diri, memantapkan jati diri dan berfikir serta bertindak sejajar dengan ‘kompas moral’ Melayu Islam Beraja”.  
“Peserta-peserta juga berpeluang melalui latihan dalam melaksanakan 5 tuntutan Maqasid  (objektif) Syariah iaitu dalam menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta serta piawaian Islam dalam proses membuat perancangan strategik dan penyediaan senario”.
“Dalam masa sama kita juga tidak mengenepikan kaedah konvensional seperti penggunaan konsep P.E.S.T.E.L (Politics, Economic, Social, Technology, Environment dan Legal) sebagai garis panduan dalam perancangan strategik dan pengurusan”, jelas beliau lagi.
“Seterusnya peserta-peserta juga berpeluang membincangkan sambil menghayati konsep integriti dan akauntabiliti dari perspektif Islam dalam konteks menjaga hubungan dengan Allah SWT (hablumminallah) dan dengan sesama manusia (habulmminannas)”
Katanya lagi, “Kearah memantapkan lagi penghayatan peserta-peserta terhadap Melayu Islam Beraja, program latihan ini juga mengenegahkan Syair Perlembagaan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saiffudien Sa'adul Khairi Waddien sebagai bahan pembelajaran dalam proses perancangan strategik dan menyediakan senario. Dalam syair perlembagaan ini terdapat banyak petunjuk-petunjuk penting tentang disiplin dalam perancangan strategik dan proses pengubalan dasar yang perlu dijadikan panduan”.